BARISAN pemain perlumbaan pecut GP Qatar. -FOTO AFP
BARISAN pemain perlumbaan pecut GP Qatar. -FOTO AFP
AFP

Lusail, Qatar: Jorge Martin menewaskan pesaing kejuaraan Francesco Bagnaia untuk muncul juara dalam acara pecut MotoGP di Lusail.

Bagnaia menamatkan saingan di tempat kelima, membolehkan pelumba Sepanyol itu mengurangkan jurang dalam kedudukan keseluruhan kepada tujuh mata sebelum perlumbaan penghujung musim berlangsung di Valencia.

"Saya fikir saya mempunyai potensi untuk menang tetapi dalam perlumbaan yang anda tidak pernah tahu," kata Martin.

Martin dari pasukan Ducati satellite VR46 muncul juara diikuti Fabio Di Giannantonio dan Luca Marini ketiga.

Alex Marquez menamatkan saingan di tempat keempat dalam perlumbaan yang menyaksikan Ducati menguasai lima kedudukan teratas.

Bagnaia yang juga juara bertahan dan Martin bermula di barisan kedua. Mereka bersaing di selekoh pertama namun pelumba Itali itu berjaya mengatasi Martin seketika sebelum tewas.

"Saya cuba pergi lebih jauh dan mendapati diri saya di belakang Pecco dan Marc Marquez," kata Martin selepas perlumbaan.

"Saya terpaksa bekerja dengan cara saya melepasi mereka."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 November 2023 @ 12:23 PM