BAGNAIA meraikan kejayaannya menakluk GP Qatar. -FOTO AFP
BAGNAIA meraikan kejayaannya menakluk GP Qatar. -FOTO AFP
AFP

Lusail, Qatar: Juara bertahan dan juara dunia dua kali, Francesco Bagnaia melakar kemenangan dalam aksi pembuka musim di MotoGP Qatar, semalam.

Pelumba Ducati mempamerkan aksi luar biasa selepas bermula di petak kelima mengawal sepenuhnya perlumbaan itu.

Brad Binder menduduki tempat kedua untuk KTM dengan Jorge Martin (Ducati-Pramac) di tempat ketiga.

Bagnaia yang menamatkan saingan di kedudukan keempat di belakang Martin dalam perlumbaan pecut kelmarin berkata: "Kami tahu potensi kami, kami cuba melakukan yang maksimum mungkin semalam, mengubah pelarasan dan hari ini ia sama sekali berbeza."

Martin, yang meraih petak utama selepas mencatat rekod pusingan terpantas dalam sesi kelayakan, gembira dengan keputusan di Litar Antarabangsa Lusail.

"Kemenangan semalam dan P3 hari ini, saya mengumpul banyak mata sepanjang hujung minggu, jadi saya berpuas hati," kata Martin.

Bagnaia menunjukkan kepakarannya dengan memecut laju dari barisan kedua untuk memintas empat pelumba dalam sekelip mata.

Jack Miller dari Australia menjadi pelumba pertama mengalami kemalangan musim ini apabila jentera KTM ditunggangnya terbabas di pusingan ke

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2024 @ 10:57 AM