ALONSO dan pemandu Alpine bergambar bersama jentera baharu mereka.  FOTO AFP
ALONSO dan pemandu Alpine bergambar bersama jentera baharu mereka. FOTO AFP
AFP

Paris: Juara dunia dua kali, Fernando Alonso bakal mengharungi musim Formula Satu (F1) dengan lebih yakin susulan peraturan baharu 2020 yang diharapkan mampu meningkatkan prestasi pasukan Alpine.

Pelumba Sepanyol berusia 40 tahun itu kembali ke sukan terbabit tahun lalu dengan mengikat kontrak bersama pasukan berpangkalan di Enstone.

Menurut juara dunia 2005 dan 2006 itu, fokusnya lebih tertumpu ke atas peraturan baharu 2022 yang dianggap paling ketara sejak beberapa dekad lalu.

"Saya kembali kerana peraturan ini," kata Alonso pada sesi pelancaran jentera baharu Alpine di Paris awal pagi tadi ketika ditanya sama ada peraturan baharu boleh mencipta impak dalam saingan musim ini.

"Saya bekerja keras untuk musim ini. Kereta ini tampak fantastik dengan peraturan baharu ditetapkan dan saya suka dengan 'livery' baharu.

"Kami mempunyai enjin baharu dan kami yakin dengan pembangunan yang bagus untuk generasi kereta ini," tambahnya.

Alpine menamatkan kedudukan di tempat kelima keseluruhan dalam carta pengeluar buat kali ketiga berturut-turut tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Februari 2022 @ 12:29 PM