ALONSO sertai Aston Martin tahun depan.
ALONSO sertai Aston Martin tahun depan.
Agensi

London: Pasukan Formula Satu (F1) Alpine berkata, ketidakpastian mengenai impak umur Fernando Alonso ke atas prestasinya di F1 menjadi faktor mereka tidak menawarkan kontrak jangka panjang kepada pelumba itu.

Pasukan berpangkalan di Enstone itu hampir melanjutkan kontrak baharu dengan Alonso sebelum juara dunia dua kali dari Sepanyol itu membuat kejutan dengan pengumumannya bakal berpindah ke Aston Martin awal minggu ini.

Antara faktor utama menjadi tarikan Alonso ialah Aston Martin sedia menawarkannya komitman jangka panjang yang dilaporkan sehingga tiga tahun.

Alpine pula hanya menawarkan kontrak setahun ke setahun tetapi bagi Alonso yang berusia 41 tahun dia menganggap kebimbangan itu tidak berasas kerana masih mampu mencabar pesaing lebih muda.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2022 @ 10:45 AM