AKSI Pandelela dan Dhabitah pada aksi final di Pusat Sukan Akuatik Olimpik Hangzhou. FOTO ASYRAF HAMZAH
AKSI Pandelela dan Dhabitah pada aksi final di Pusat Sukan Akuatik Olimpik Hangzhou. FOTO ASYRAF HAMZAH
Fabian Peter


Hangzhou: Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri-Pandelela Rinong, meraih gangsa dalam acara 10m platform seirama wanita di Sukan Asia Hangzhou.

Pada aksi final hari ini, Dhabitah-Pandelela mengumpul 266.94 mata selepas lima terjunan.

Tuan rumah China seperti yang dijangka memenangi emas dengan 375.30 mata menerusi Quan Hongchan-Chen Yuxi.

Pingat perak diraih Matsuri Arai-Minami Itahashi dari Jepun dengan 290.04 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2023 @ 6:40 PM