KATERINA raih tonik terbaik menjelang Wimbledon. FOTO Agensi
KATERINA raih tonik terbaik menjelang Wimbledon. FOTO Agensi
AFP

Berlin: Katerina Siniakova memenangi Terbuka Bad Homburg menewaskan Lucia Bronzetti 6-2, 7-6 (7/5) dalam perlawanan akhir kejohanan pemanas badan Wimbledon.

Katerina merangkul kejuaraan perseorangan WTA keempatnya dan yang pertama di atas permukaan rumput tetapi terpaksa mengalami kelewatan akibat hujan selama empat jam selepas memenangi set pertama.

Pemain Republik Czech berusia 27 tahun itu, yang menduduki tempat ke-52 dalam perseorangan dan pasangan nombor satu dunia dalam acara beregu, mematahkan set Lucia dua kali pada set pembukaan sebelum permainan terganggu.

Katerina, naib juara 2021 di kejohanan di utara Frankfurt itu, mendahului 5-2 pada set kedua tetapi Lucia bangkit untuk mengheret ke tie break.

Dia tidak menunggu lama untuk memperoleh mata awal dan meraih mata kemenangan pada percubaan keempatnya untuk menjulang trofi.

Dia datang ke Bad Homburg dengan prestasi merudum selepas terlepas banyak musim bagi aksi gelanggang tanah liat kerana kecederaan pergelangan tangan.

Kemenangan terakhirnya di peringkat jelajah ialah di Indian Wells pada bulan Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Julai 2023 @ 11:37 AM