UNIFI Mobile.
UNIFI Mobile.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Unifi Mobile, semalam, mengumumkan penawaran kad Sim prabayar percuma kepada 30,000 jemaah serta kakitangan dan sukarelawan Tabung Haji bagi musim haji 2024.

Syarikat telekomunikasi itu dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada program Sahabat Korporat TH 2024, yang mana TM menyediakan perkhidmatan ketersambungan dan nilai tambah digital untuk jemaah haji yang akan berangkat ke Tanah Suci.

Di bawah program berkenaan, mereka yang menunaikan haji pada 2024 layak menerima kad Sim Unifi Mobile sebagai sebahagian daripada tawaran Pas Timur Tengah syarikat berkenaan.

Kad Sim ini akan tersedia semasa kursus anjuran Tabung Haji dan Unifi Store di seluruh negara, sebelum musim haji.

Ketua Pegawai Komersial Unifi, Segmen Pengguna, Jasmine Lee berkata, Unifi menawarkan salah satu pelan prabayar dengan harga yang paling berpatutan di pasaran.

Tawaran Pas Timur Tengah Unifi Mobile yang khusus berkenaan akan merangkumi pelbagai pelan data tanpa had untuk pilihan pelanggan bagi memenuhi keperluan ketersambungan mereka semasa mengerjakan Haji, menyediakan pas satu hari berharga RM15 hingga pas 45 hari berharga RM125.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2024 @ 8:53 AM