Fritz berjaya mara ke pusingan ketiga Wimbledon biarpun baru pulih daripada pembedahan pada kaki kanannya. FOTO AFP
Fritz berjaya mara ke pusingan ketiga Wimbledon biarpun baru pulih daripada pembedahan pada kaki kanannya. FOTO AFP
AFP

London: Empat minggu lalu, dia memerlukan kerusi roda untuk keluar daripada gelanggang di Terbuka Perancis.

Tiga minggu lalu, dia menjalani pembedahan untuk memperbaiki kecederaan pada lutut kanannya.

Tapi pada hari khamis, Taylor Fritz, 23, dari Amerika Syarikat menyangkal logik perubatan apabila mara ke pusingan ketiga Wimbledon.

"Saya sangat positif dan ini adalah proses paling cepat bagi sesiapa saja yang kembali bersaing di bidang profesional selepas pembedahan," kata Fritz selepas menyingkirkan rakan senegara Steve Johnson 6-4, 7-6 (7/4), 4-6, 6-7 (4/7), 6-4.

Fritz, pemain nombor 40 dunia bergelut dengan kecederaan yang dialami ketika tewas pada pusingan kedua di Roland Garros.

"Saya cuba untuk berdiri tapi tidak boleh. Saya melihat pasukan saya dan berkata, kawan-kawan saya tidak boleh berdiri lama. Saya dengar ada bunyi pop."

Dia dimaklumkan bahawa proses pemulihan mungkin akan memakan masa empat atau enam minggu namun pakar bedahnya di California mempunyai berita yang baik.

Tiada kecederaan serius pada lutut kanannya dan ia membolehkannya kembali beraksi lebih cepat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Julai 2021 @ 12:24 PM