TAN Sri Mohamad Norza Zakaria. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
TAN Sri Mohamad Norza Zakaria. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sukan untuk Semua Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi penggal 2023 hingga 2027.

MOM dalam kenyataan hari ini memaklumkan dengan pelantikan itu, beliau juga akan berada dalam Lembaga Eksekutif OCA.

"Saya tidak sabar untuk berkhidmat dalam Gerakan Olimpik di peringkat benua.

"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Presiden OCA yang baru dipilih, Sheikh Talal Fahad Al-Sabah, atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk berada dalam barisan kepimpinan beliau bagi mempromosikan Gerakan Olimpik di Asia ke tahap lebih tinggi," kata Mohamad Norza dalam kenyataan sama.

Sebelum pelantikan berkenaan, Mohamad Norza adalah Ahli Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa OCA bagi penggal 2019-2023.

Perhimpunan Agung OCA ke-42 diadakan di Pusat Konvensyen Bangkok, Thailand pada 8 Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2023 @ 6:03 PM