RUBLEV (kiri) berjabat tangan dengan lawannya Evans selepas tamat perlawanan. FOTO AP
RUBLEV (kiri) berjabat tangan dengan lawannya Evans selepas tamat perlawanan. FOTO AP
AFP

Melbourne: Pilihan kelima, Andrey Rublev mara ke pertembungan 16 terakhir untuk bertemu Holger Rune selepas berterima kasih kepada lawannya di pusingan ketiga hari ini, Dan Evans yang memberinya tenaga tambahan dengan memberi pisang pada pertengahan perlawanan.

Rublev menumpaskan pemain Britain itu 6-4, 6-2, 6-3 di Margaret Court Arena untuk mara ke pusingan keempat buat kali ketiga.

Dia akan menentang pemain remaja Denmark, Rune untuk tempat ke suku akhir selepas pilihan kesembilan itu mempamerkan kebangkitan menewaskan pemain bukan pilihan dari Perancis, Ugo Humbert 6-4, 6-2, 7-6 (7/5).

Walaupun menduduki ranking keenam dunia dan sudah memenangi 13 gelaran ATP, Rublev tidak pernah melepasi peringkat lapan terakhir di mana-mana Grand Slam.

"Saya tak tanya dia (Evans), sebaliknya saya tanya budak bola, tapi Danny mempunyai lebih pisang dan dia memberikannya kepada saya dan saya menerimanya.

"Sudah pastinya ia membantu saya menambah sedikit tenaga selepas makan pisang itu," kata Rublev.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2023 @ 5:09 PM