PENOLONG  Naib Canselor, Prof Dr Shahirman Zainal Abidin (tengah) pada majlis menandatangani memorandum persefahaman diantara  Mohd Sumali Reduan (dua kanan) dan Pengarah Urusan Muezza Education, Anas Izuan Azmi (kanan) dan Timbalan Presiden Mydrone, Dr  Roslan Alias (dua kiri) di UiTM Shah Alam. FOTO Genes Gulitah
PENOLONG Naib Canselor, Prof Dr Shahirman Zainal Abidin (tengah) pada majlis menandatangani memorandum persefahaman diantara Mohd Sumali Reduan (dua kanan) dan Pengarah Urusan Muezza Education, Anas Izuan Azmi (kanan) dan Timbalan Presiden Mydrone, Dr Roslan Alias (dua kiri) di UiTM Shah Alam. FOTO Genes Gulitah
Saiful Affendy Sapran


Shah Alam: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mengambil langkah proaktif apabila akan melakukan rombakan terhadap struktur kejurulatihan dan pemain negara bagi menghadapi Sukan Sea Kemboja dan Sukan Asia Hangzhou pada tahun ini.

Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Riduan berkata, pihaknya sudah membentangkan cadangan berhubung perkara itu kepada Majlis Sukan Negara (MSN), beberapa hari lalu.

"Kita tunggulah hujung bulan ini akan ada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) bersama MSN untuk memutuskan mengenai semua perkara itu. Apa yang saya boleh nyatakan lebih 50 peratus akan berlaku perubahan," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muezza Education Group Sdn Bhd dan Persatuan Pengusaha & Penggerak Industri Drone (MyDrone), hari ini.

Meskipun masih belum mendapat pengiktirafan semula daripada Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf) dan Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf), Sumali menjelaskan pihaknya mengambil langkah pro aktif dengan mengenal pasti calon jurulatih baharu bagi mempersiapkan pasukan menghadapi Sukan Sea Kemboja dan Sukan Asia Hangzhou.

"Saya tidak cakap kita mengendalikan, itu kena tunggu daripada MSN dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan). Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai PSM yang buat masa ini masih lagi relevan dan diberikan peranan.

"Saya berdoa agar PSM segera dapat diiktiraf semula," katanya.

Sebelum ini, ketika era kepimpinan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (Mastaf), bekas pemain kebangsaan, Azhar Sarbini dilantik menjadi Pengarah Teknikal merangkap jurulatih skuad sepak takraw pada Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, pergolakan dalaman yang melanda Mastaf menyaksikan badan induk itu berkubur hanya selepas 10 bulan ditubuhkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2023 @ 8:44 PM