JUARA Heavyweight WBC, Tyson Fury mengekalkan kejuaraan selepas menewaskan Dillian Whyte di Stadium Wembley, London, pada 23 April lalu. FOTO REUTERS
JUARA Heavyweight WBC, Tyson Fury mengekalkan kejuaraan selepas menewaskan Dillian Whyte di Stadium Wembley, London, pada 23 April lalu. FOTO REUTERS
Reuters

London: Juara tinju heavyweight WBC, Tyson Fury, hari ini berkata dia akan kembali ke gelanggang untuk melawan Anthony Joshua di negara kelahiran mereka, England secara percuma.

Pada Jun lalu, Fury yang memiliki rekod (32-0-1) berkata, dunia tinjunya sudah berakhir, tetapi kemudian berubah nada apabila menyatakan akan menandatangani kontrak untuk menentang Joshua (26-2), jika keinginannya tercapai.

"Pertarungan itu akan diadakan secara percuma," kata Fury menerusi Instagram (IG).

"Percuma untuk disiarkan di televisyen dan tiketnya juga percuma. Tiada wang dihasilkan bagi pertarungan British yang bersejarah ini, jika ia berlaku.

"Itulah termanya dan saya berada di depan, sama ada menerima atau menolaknya," katanya.

Petinju digelar Gypsy King itu menewaskan peninju Britain, Dillian Whyte pada April lalu untuk mengekalkan gelaran dan kemudian memberitahu penyokong bahawa dia mahu mengotakan janji kepada isterinya untuk bersara.

Namun pada Jun lalu, dia menyatakan akan berlawan semula dengan bayaran 500 juta pounds (RM2.664 bilion).

Fury dan Joshua dijadualkan bertarung pada tahun lalu, sebelum penimbang tara menetapkan Fury perlu menentang Deontay Wilder buat kali ketiga.

Joshua kehilangan tali pinggang WBA, WBO, IBF dan IBO belts selepas tewas kepada petinju Ukraine, Oleksandr Usyk di London, pada September lalu dan mereka dijadualkan bertarung pada perlawanan ulangan di Jeddah, Arab Saudi pada 20 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2022 @ 8:25 AM