PAUL (kiri) mahu tebus kekalahan di tangan Fury.
PAUL (kiri) mahu tebus kekalahan di tangan Fury.
Reuters

Los Angeles: Personaliti YouTube Jake Paul dan bekas jaguh UFC Nate Diaz akan bertarung di gelanggang tinju pada 5 Ogos, menurut penganjur hari ini.

Diaz adalah petinju hebat yang bertanding di Ultimate Fighting Championship (UFC) sehingga tahun lalu, di mana dua kali dia menentang bekas juara UFC Conor McGregor manakala Paul yang mempunyai 20 juta pelanggan YouTube bertarung dalam tujuh perlawanan tinju profesional sejak 2019.

"Selain Canelo (Alvarez) dia nama besar dalam sukan tinju. Saya datang ke sini untuk menguasainya. Saya adalah raja sukan pertarungan dan kemudian saya kembali ke tali pinggang UFC," kata Diaz seperti yang dipetik syarikat promosi Paul, Most Valuable Promotions.

Diaz, 37, menewaskan Tony Ferguson di UFC 279 pada September dalam pertarungan terakhirnya ketika masih bersama syarikat MMA.

Dia mempunyai 22 pertarungan profesional MMA termasuk menewaskan Conor McGregor.

Paul, 26, pula akan kembali ke gelanggang selepas kali pertama tewas dalam karier tinjunya di tangan Tommy Fury pada Februari.

"Pertarungan terakhir saya berakhir dengan cara tidak sepatutnya tetapi keputusannya adalah perkara terbaik yang mungkin boleh berlaku kepada aspirasi tinju profesional saya," kata Paul.

"Pasukan mahu saya memilih pertarungan yang lebih mudah seperti menentang KSI tetapi itu bukan cara saya."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2023 @ 11:58 AM