SEBAHAGIAN peserta Kejohanan Liga Sukan Universiti UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin ceria bersama hadiah kemenangan. FOTO NAZRI ABU BAKAR
SEBAHAGIAN peserta Kejohanan Liga Sukan Universiti UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin ceria bersama hadiah kemenangan. FOTO NAZRI ABU BAKAR
Nazri Abu Bakar


Melaka: Seramai 275 peserta bersaing di Liga Sukan Universiti di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Jasin, baru-baru ini.

Pengarah Teknikal Kejohanan, Mohd Shah Redza Mohd Shah berkata, antara objektif penganjuran bagi melahirkan individu seimbang dari segi kecemerlangan akademik dan sosial.

Katanya, kejohanan selama tiga hari anjuran unit sukan dengan kerjasama jawatankuasa sukan pelajar kampus Jasin itu dapat membentuk jaringan kerjasama antara pelajar dan staf.

Menurutnya, sebanyak tiga sukan dipertandingkan iaitu Mobile Legends dan FIFA 2022 (e-Sport) serta futsal lelaki dalam kalangan mahasiswa kampus terbabit.

"Kejohanan itu menjadi medan penyediaan atlet berbakat ke Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) UiTM 2022 yang dijadualkan September depan di Shah Alam.

"Ramai pemain berbakat boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi, sekali gus mendapat pendedahan kepada saingan kompetitif," katanya.

Mohd Redza berkata, kejohanan kali ketiga itu turut menjadi pentas membudayakan komuniti kampus yang sihat dan cemerlang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Julai 2022 @ 7:56 PM