AZIZULHASNI (kiri) spontan mengajak Lavreysen mengangkat Kenny ketika majlis penyampaian pingat. FOTO Agensi
AZIZULHASNI (kiri) spontan mengajak Lavreysen mengangkat Kenny ketika majlis penyampaian pingat. FOTO Agensi
Hamdan Saaid


Kuala Lumpur: Semangat kesukanan sejati dipamerkan bintang berbasikal negara Datuk Azizulhasni Awang yang mengangkat pemenang pingat emas acara keirin Jason Kenny dari Britain pada majlis penyampaian hadiah di Sukan Olimpik Tokyo, hari ini.

Azizul, yang meraih pingat perak, secara spontan mengajak pemenang pingat gangsa Harrie Lavreysen dari Belanda untuk mengangkat Kenny yang berjaya mempertahankan pingat emas dimenanginya di Rio 2016.

Pengulas stesen televisyen antarabangsa turut memuji tindakan dua pelumba itu yang mempamerkan semangat kesukanan dan setiakawan tidak kira di dalam mahupun di luar gelanggang perlumbaan.

Azizul, 33, meraih pingat kedua dan terakhir kontinjen negara pada temasya Sukan Olimpik Tokyo selepas kejayaan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul pingat gangsa dalam sukan badminton.

Pelumba bergelar The Pocket Rocketman itu memperbaiki catatan peribadi pada temasya Olimpik selepas menduduki tangga ke-10 di Beijing 2008, keenam di London 2012 dan gangsa di Rio 2016 dalam acara kegemarannya keirin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 12:07 PM