DJOKOVIC menjalani latihan menjelang perlawanan pusingan keempat Wimbledon. FOTO EPA
DJOKOVIC menjalani latihan menjelang perlawanan pusingan keempat Wimbledon. FOTO EPA

London: Perlawanan 'Manic Monday' Novak Djokovic dan Roger Federer bakal menjadi tumpuan utama ketika dua pemain ternama itu semakin menghampiri pertarungan dalam pemburuan gelaran juara.

Pemain nombor satu dunia Djokovic yang mengejar gelaran keenam Wimbledon untuk menyamai rekod 20 gelaran utama semakin hampir menjadi pemain lelaki ketiga melengkapkan kalendar Grand Slam.

"Saya ingin mencapai puncak prestasi dalam sukan ini. Pada peringkat ini dalam karier, Grand Slam adalah yang paling penting," kata Djokovic yang dapat mara ke suku akhir Slam ke-50.

Pemain Serbia itu akan berdepan pilihan ke-17 dari Chile, Cristian Garin yang belum pernah menang dalam undian utama pada kejohanan tahun ini.

Juara lapan kali, Federer yang menewaskan pemain Itali Lorenzo Sonego, akan menjadi pemain paling berusia beraksi di suku akhir dlaam era terbuka di Wimbledon.

Ia adalah penampilan ke-16 dari 18 di pentas suku akhir buat Federer yang akan berusia 40 tahun lima minggu lagi.

Secara keseluruhannya ia akan menjadi penampilan ke-69 Federer di pusingan keempat Slam dan kagum akan menghormati kejayaan Djokovic.

"Ini sangat-sangat mengagumkan melihat apa yang dia lakukan tahun ini," kata Federer yang menang pusingan ketiga mengatasi Cameron Norrie untuk merekodkan kemenangan yang ke-1,250 dalam karier.

'Manic Monday', apabila kesemua pemain lelaki dan wanita akan beraksi di pusingan keempat dan ia tidak akan berlaku lagi tahun di Wimbledon yang mana perlawanan akan berlangsung pada hari Ahad.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Julai 2021 @ 1:16 PM