Tyson buka pertarungan membabitkan atlet seni bela diri.
Tyson buka pertarungan membabitkan atlet seni bela diri.
Agensi

MIKE Tyson memberi bayangan kehadiran semula di gelanggang pertarungan mungkin di pentas oktagon UFC berbanding tinju.

Legenda heavyweight berusia 53 tahun itu sedang melakukan persiapan rapi untuk kembali bertarung dan memberitahu "Saya kembali" dalam klip video dia menjalani latihan semalam yang menarik perhatian.

Iron Mike yang kali terakhir bertarung secara profesional 15 tahun lalu, menerima pelbagai tawaran wang lumayan - termasuk daripada bekas bintang ragbi, Sonny Bill Williams dan bapa Tyson Fury, John.

Namun menegaskan dia hanya akan melayan tawaran yang lebih serius.

Malah spekulasi berterusan membabitkan jumlah bayaran diterima jika dia bertarung satu lawan satu bagi pertembungan ketiga dengan Evander Holyfield - petinju yang menjadi mangsa di gigit telinga dalam pertarungan popular mereka.

Tyson memuatkan gambar dan video latihan sambil memberitahu ‘Saya Kembali’. FOTO MikeTyson
Tyson memuatkan gambar dan video latihan sambil memberitahu ‘Saya Kembali’. FOTO MikeTyson

Namun, selepas memberitahu dia gatal untuk "pergi berperang" lagi kerana mahu menolong orang yang berjuang dengan ketagihan dadah dan gelandangan membuatkan dia membuka pintu untuk pertarungan di UFC.

Bercakap di Facebook ketika acara permainan video bagi #PlayApartTogether, Tyson berkata : "Anda tidak mungkin tahu. Ia mungkin tidak berakhir lagi. Apapun boleh berlaku.

"Anda mungkin tidak tahu baby. Perasaan saya sangat bagus kebelakangan ini. Anda tidak akan tahu."

Bercakap mengenai latihan pengasingan, Tyson memberitahu : "Itu sahaja yang saya lakukan, untuk berada pada prestasi yang terbaik.

"Saya fikir sukar di sekat ketika ini. Saya rasa sama [seperti kemuncak kerjaya] kembali.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2020 @ 12:19 PM