MESSI dan isterinya Antonela ketika berkunjung ke Arab Saudi tahun lalu.
MESSI dan isterinya Antonela ketika berkunjung ke Arab Saudi tahun lalu.
Agensi

London: Lionel Messi mendedahkan anak-anaknya perlu mematuhi peraturan ketat berkaitan penggunaan telefon bimbit.

Pemenang lapan kali Ballon d'Or itu tidak dinafikan antara pemain terhebat sepanjang zaman tetapi tidak ramai mengetahui kisah kehidupannya di luar padang.

Bintang Argentina itu sangat melindungi privasi keluarganya walaupun ada kalanya dari semasa ke semasa memberikan perkembangan terkini kehidupannya untuk pengetahuan peminat.

Dalam temu ramahnya pada September lalu, bintang Inter Miami itu bercakap mengenai keluarganya yang menyesuaikan diri dengan kehidupan di Florida.

Messi menegaskan sesiapa masuk ke rumah perlu menanggalkan kasut serta merta dan dia juga mengemaskan meja untuk sarapan sebelum tidur.

Bekas pemain Barcelona itu turut mendedahkan dia melarang tiga anaknya daripada memiliki telefon bimbit. Messi dan isterinya Antonela membuat keputusan itu bagi mengelakkan anak-anak mereka Thiago, Mateo dan Ciro terlalu asyik dengan gajet itu.

"Saya bukan orangnya yang menggunakan emoji di WhatsApp," kata Messi kepada OLGA.

"Tiada seorang pun anak saya memilik telefon bimbit. Saya kurang menghantar audio, saya lebih memilik mesej."

Messi bukan satu-satu bintang bola sepak yang mengetatkan penggunaan telefom bimbit kepada anak-anak mereka.

Cristiano Ronaldo turut enggan membelikan anak lelakinya telefon bimbit walaupun anaknya Cristiano Jr cuba memujuk ayahnya untuk memilikinya.

Menurut Daily Mail, Ronaldo berkata: "Anak sulung saya bakal berusia 12 tahun dan dia kerap bertanyakan saya, 'Ayah, bolehkah saya memiliki telefon bimbit. Saya kata, 'Cristiano, anda masih ada masa.'

"Saya tahu generasi muda ini satu langkah ke hadapan daripada usia mereka, jadi saya setuju kita perlu memanfaatkannya tetapi tidak terlalu dikuasai teknologi.

"Boleh berikan mereka tetapi tetapkan masa, bukannya sepanjang masa. Saya fikir itu perlu diutamakan."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 6:39 PM