MESSI cipta rekod atasi gambar telur di Instagram. FOTO The Sun
MESSI cipta rekod atasi gambar telur di Instagram. FOTO The Sun
Agensi

London: Lionel Messi sekali lagi mengatasi Cristiano Ronaldo apabila dia memuat naik gambar Piala Dunianya di Instagram dan menjadikan ia gambar paling banyak mendapat tanda suka dalam sejarah.

Messi kini memecahkan rekod 'The Egg' untuk siaran Instagram yang paling disukai.

Gambar wira Argentina itu mengatasi gambar telur dalam akaun @world_record_egg yang entah bagaimana kini sudah melebihi 56.1 juta tanda suka.

Messi memuat naik koleksi gambar dirinya menjulang trofi Piala Dunia dan kini mendapat 57.4m tanda suka.

Messi turut mengatasi gambar dia bersama Ronaldo bermain catur bersama.

Messi, 35, menjadi seorang pemain yang akan diingati apabila membawa Argentina memenangi perlawanan akhir menentang Perancis.

Bintang Paris Saint-Germain menjaringkan dua gol ketika perlawanan akhir yang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti hatrik daripada Kylian Mbappe.

Namun Messi berjaya membawa barisan Argentina untuk menjulang Piala Dunia pertama mereka sejak 1986.

Keputusan itu menyaksikan Messi meletakkan tempatnya dalam buku sejarah sebagai pemain bola sepak terhebat yang pernah ada.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2022 @ 11:07 AM