TONEY masih mendapat kepercayaan Southgate. FOTO  Reuters
TONEY masih mendapat kepercayaan Southgate. FOTO Reuters
Reuters

London: Penyerang Brentford, Ivan Toney menerima panggilan England buat kali pertama sejak menjalani penggantungan lapan bulan kerana melanggar peraturan pertaruhan Persatuan Bolasepak England (FA).

Ia sebagai persiapan menjelang perlawanan persahabatan menentang Brazil dan Belgium

Pertahanan Everton, Jarrad Branthwaite dan penyerang Newcastle United, Anthony Gordon dipanggil buat kali pertama oleh pengurus Gareth Southgate, yang berkata pertahanan Arsenal, Ben White meminta untuk tidak dipertimbangkan ke dalam skuad itu.

Toney yang berusia 27 tahun memenangi penampilan tunggalnya untuk England sebagai pemain gantian menentang Ukraine Mac lalu dan menjaringkan empat gol buat Brentford sejak kembali daripada penggantungan pada 20 Januari.

"Dia terus menunjukkan kualiti dan impak yang boleh dimilikinya untuk kembali ke pasukan Brentford," kata Southgate.

Branthwaite yang berusia 21 tahun menjadi tumpuan dalam musim tidak konsisten Everton

"Dia bermain secara konsisten dengan baik," kata Southgate.

"Perkembangannya, kami melihat sebagai bek tengah pelapis untuk bawah 21 tahun, jika anda katakan setahun lalu dia akan bermain secara konsisten dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), saya pasti terkejut."

Pemain tengah Kalvin Phillips, yang dipinjamkan ke West Ham United dari Manchester City, terlepas panggilan kerana masalah prestasi.

"Versi dia yang bagus adalah pemain penting bagi kami. Kami tidak mempunyai ramai pemain berprofil seperti itu," kata Southgate.

"Malangnya, penampilannya masih belum cukup baik. Saya bercakap dengannya, dia tahu itu."

England akan menjadi tuan rumah kepada Brazil pada 23 Mac dan Belgium pada 26 Mac di Stadium Wembley.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2024 @ 2:32 PM