AKSI perlawanan Everton menentang Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris. -FOTO AFP
AKSI perlawanan Everton menentang Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris. -FOTO AFP
AFP

Liverpool: Everton akan membantu polis mengenal pasti suspek selepas dua pemain Brentford, Rico Henry dan Ivan Toney melaporkan ahli keluarga didera secara perkauman selepas Bees melakarkan kemenangan 3-2 di Goodison Park.

Henry yang menjaringkan gol kemenangan Brentford, memuat naik satu hantaran di media sosial meminta agar insiden itu disiasat.

"Saya biasanya tidak bercakap mengenai perkara yang tidak membahayakan saya atau keluarga saya secara fizikal tetapi melihat ibu saya kecewa selepas didera secara perkauman oleh beberapa peminat Everton menimbulkan kemarahan saya!" tulis Henry di Twitter.

"Saya akan lakukan apa sahaja yang diperlukan agar hukuman dapat dijatuhkan kepada mereka! Ini tidak boleh diterima dan mesti disiasat segera."

Toney juga memuat naik satu ciapan: "Untuk lelaki yang mendera keluarga saya secara perkauman, saya akan melakukan segala yang saya mampu supaya mereka terima hukuman yang sepatutnya!"

Everton memberikan maklum balas kepada ciapan Toney di Twitter dan berkata, "Tiada tempat dalam bola sepak atau masyarakat untuk mainkan isu perkauman.

"Kami akan membantu Polis Merseyside bagi memastikan individu itu dikenal pasti dan ditangani dengan sewajarnya."

Kekalahan 2-3 Everton di tangan Brendtford menyebabkan pasukan itu di ambang penyingkiran selepas 68 tahun berada di liga teratas England itu.

Anak buah Frank Lampard berada dua mata sahaja di atas zon penyingkiran dengan baki dua perlawanan lagi.

Dua mata sudah cukup untuk menyelamatkan Everton. Ini kerana Leeds yang hanya berbaki satu perlawanan, ketinggalan satu mata dan mempunyai perbezaan gol yang jauh lebih rendah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2022 @ 10:28 AM