MESSI pacu kecemerlangan Miami.
MESSI pacu kecemerlangan Miami.
AFP

Miami: Lionel Messi dan Inter Miami akan bermain perlawanan persahabatan pramusim di Hong Kong pada Februari sebagai sebahagian daripada jelajah antarabangsa pertama kelab itu, kata kelab Major League Soccer itu awal pagi tadi.

Inter Miami berkata kelab itu bakal menentang Hong Kong XI yang dianggotai pemain dari Divisyen Pertama wilayah China di Stadium Hong Kong pada 4 Februari.

Pengurus Inter Miami Jorge Mas dalam satu kenyataan berkata: "Kami sangat teruja untuk melawat Hong Kong kerana ini adalah kunjungan ke Asia buat kali pertama. Sejak awal lagi kami berhasrat untuk menjadi kelab global di Inter Miami.

"Ini peluang yang baik untuk melakukan perkara itu kerana kami berharap dapat memikat dan memberi inspirasi kepada peminat baharu Inter Miami di Hong Kong dan di seluruh Asia.

Pemilik bersama Miami, David Beckham, yang bermain di Hong Kong pada 2003 tidak lama selepas menyertai Real Madrid, berkata kelab itu tidak sabar untuk bermain di bandar indah dengan pemandangan sukan yang hebat.

"Sepanjang karier saya, saya sudah menghabiskan banyak masa di Asia dan saya sangat gembira berpeluang membawa Inter Miami bermain di perlawanan jelajah antarabangsa kali pertama di bandar yang hebat ini," kata Beckham.

Pengumuman itu dibuat bulan lepas selepas Miami membatalkan rancangan untuk jelajah dua perlawanan akhir di China.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Disember 2023 @ 11:51 AM