VARANE makin tersisih di United. FOTO Agensi
VARANE makin tersisih di United. FOTO Agensi
Agensi

London: Manchester United akan menjual Raphael Varane dengan harga bidaan tertinggi pada musim panas akan datang bagi mengurangkan bebanan bayaran gaji dihadapi kelab itu.

Berita pemenang Piala Dunia itu boleh dimiliki mencetuskan minat yang tinggi dalam kalangan kelab Arab Saudi.

Erik ten Hag mahu menandatangani pertahanan tengah yang baharu musim depan dan sedia membenarkan Varane meninggalkan Old Trafford.

Pengurus United itu semakin bimbang dengan sejarah masalah kecederaan membabitkan bintang Perancis itu.

Pegawai kelab juga menyedari Varane yang bakal berusia 31 tahun pada April adalah pemain bergaji paling tinggi di United iaitu £340,000 (RM1.98 juta) seminggu dan mereka boleh menjimatkan £30 juta (RM175 juta) jika mendapat bidaan menarik.

Difahamkan Varane semakin tersisih Manchester. Dia baru-baru ini kembali beraksi tetapi gagal mendapat tempat dalam barisan kesebelasan dan bertambah buruk menjadi pilihan kedua di belakang Harry Maguire yang sebelum ini bukan pilihan utama Ten Hag.

United menandatangani Varane dari Real Madrid dengan harga £41 juta (RM239 juta) pada 2021 dengan kontrak empat tahun.

Dia membantu mereka menjuarai Piala Liga musim lalu dan layak ke Liga Juara-Juara tetapi kerap mengalami kecederaan musim ini sekali gus menyebabkan prestasinya merosot.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2023 @ 8:22 AM