MAGUIRE menjadi pilihan untuk di turunkan di Piala Dunia. FOTO EPA
MAGUIRE menjadi pilihan untuk di turunkan di Piala Dunia. FOTO EPA
Agensi

London: Harry Maguire dimaklumkan dia boleh bersaing untuk mendapatkan tempatnya di Manchester United atau meninggalkan kelab itu.

Erik ten Hag bersedia memberikan peluang kepada pertahanan England berusia 29 tahun itu bersaing mendapat tempat di Old Trafford.

Bagaimanapun pengurus Manchester United itu berkata, ia terpulang kepada pertahanan antarabangsa England itu menentukan masa depannya ketika di berdepan situasi untuk memanaskan bangku simpanan United selepas membarisi kesebelasan utama di Piala Dunia.

Ditanya adakah Maguire dibenarkan untuk meninggalkan kelab itu, Ten Hag berkata: "Hanya apabila dia tidak mahu berada dalam keadaan sekarang lagi.Sehingga saat itu, saya gembira dengannya."

Ten Hag mengetepikan Maguire selepas kekalahan berturut-turut menentang Brighton dan Brentford dalam dua perlawanan pertama United musim ini.

Pengendali dari Belanda itu berkata, pemainnya yang bernilai £85 juta (RM461 juta) yang juga pertahanan termahal di dunia itu mempamer aksi buruk dan hilang tahap keyakinannya.

Maquire bagaimanapun mempamer watak berbeza apabila menyarung jersi skuad kebangsaan apabila dia membarisi kesebelasan utama dalam kesemua lima perlawanan Three Lions.

Bagaimanapun ia belum dapat meyakinkan Ten Hag yang menegaskan: "Jelas sekali dia memang bagus beraksi di peringkat tertinggi. Kemudian terpulang kepadanya untuk menunjukkan keyakinannya itu di atas padang dan dia tidak menunjukkannya dalam semua perlawanan."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2022 @ 8:26 AM