MAGUIRE gagal dapat tempat dalam kesebelasan utama United.
MAGUIRE gagal dapat tempat dalam kesebelasan utama United.
Agensi

London: West Ham dijangka membuat bidaan segera untuk mendapatkan pemain buangan Manchester United, Harry Maguire selepas menjual kapten, Declan Rice ke Arsenal.

Gunners membayar £105 juta (RM622 juta) untuk menandatangani pemain England, Rice dari Hammers dengan pengurus David Moyes tampak mahu segera menggunakan bajet untuk memperkuatkan pertahanannya di Old Trafford.

Red Devils mahu menjual Maguire hanya empat tahun selepas membayar Leicester dengan harga rekod £80 juta (RM474 juta) untuk mendapatkan khidmatnya.

West Ham sedia memanfaatkan hasrat United mahu melepaskan Maguire dengan Daily Telegraph melaporkan mereka menyasarkan pemain itu selepas perpindahan Rice.

Pemain Inggeris itu gagal merebut tempat di United musim lalu dengan hanya 16 penampilan selepas Ten Hag lebih memilih gandingan Lisandro Martinez dan Raphael Varane di bahagian pertahanan tengah.

Dengan Rice sudah berpindah di Stadium Emirates, West Ham kini mahu membawa beberapa rekrut baharu dengan Maguire menjadi sasaran utama mereka.

Pemain berusia 30 tahun itu mendapat rehat tambahan sebelum bermula pra musim susulan membantu misi antarabangsa England pada Jun.

Pada April lalu, Maguie mengakui dia kecewa selepas disisihkan Ten Hag.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2023 @ 12:15 PM