AIDIL Sharin Sahak. FOTO FB Kuching City
AIDIL Sharin Sahak. FOTO FB Kuching City
Asrol Awang


Kuantan: Pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak memuji persembahan skuad itu selepas tewas tipis 2-3 di tangan Sri Pahang FC pada aksi Liga Super di Stadium darul Makmur, malam tadi. 

Beliau berkata, anak buahnya sudah melakukan segalanya terutama pada babak kedua untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata tetapi keputusan tidak berpihak kepada pasukan itu. 

"Bagi saya aksi perlawanan ini (malam tadi) terbaik buat kedua-dua pasukan apabila lima gol dijaringkan dan tahniah kepada Sri Pahang kerana mengutip tiga mata. 

"Sebenarnya Kuching City mengawal perlawanan pada babak pertama biarpun ketinggalan satu gol hasil daripada sepakan penanti tuan rumah apabila pemain bangkit dengan menjaringkan dua gol. 

"Pada babak kedua, pemain berusaha untuk bangkit selepas Sri Pahang mendahului 3-2 tetapi gagal untuk melakukan jaringan. 

"Oleh itu saya harap pemain akan mempertingkatkan prestasi mereka pada baki saingan liga ," katanya. 

Pada perlawanan itu, dua gol Kuching City, masing-masing satu dijaringkan oleh  Pedro Henrique pada minit ke-15 dan Abu Kamara (m-25) manakala tiga golSri pahang masing-masing satu dijaringkan oleh Stefano Brundo pada minit ke-12, Kuvondik Ruziev (m-43) dan Rafael Silva (m-61). 

Kekalahan ke-15 musim ini daripada 20 perlawanan menyaksikan Kuching City kekal berada di kedudukan tercorot liga apabila sekadar mengutip tujuh mata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Oktober 2023 @ 11:31 AM