POCHETTINO sedar tugas getir menantinya. -FOTO Reuters
POCHETTINO sedar tugas getir menantinya. -FOTO Reuters
Reuters

London: Selepas gagal musim lalu, Chelsea yang berbelanja besar untuk memasuki kempen baharu kelihatan bersemangat selepas rombakan musim panas lalu yang menyaksikan ketibaan jurulatih berpengalaman Mauricio Pochettino dan pelbagai muka baharu.

Pochettino mahu menjadikan pemenang Liga Juara-Juara 2021 kembali melakar kemenangan selepas mereka mengalami penamat Liga Perdana terburuk sejak 1994 pada musim 2022/23, yang menyaksikan pemilik AS mereka memecat dua jurulatih namun masih gagal mencetuskan perubahan.

Kelab itu mengurangkan saiz skuad besar yang terbukti mustahil untuk dikendalikan Thomas Tuchel dan Graham Potter apabila menjual pelbagai nama besar seperti penyerang Jerman Kai Havertz yang berpindah ke Arsenal dan pemain tengah tempatan Mason Mount yang berhijrah ke Manchester United.

Penyerang baharu Nicolas Jackson dan Christopher Nkunku yang ditandatangani dari Villareal dan RB Leipzig, mencetuskan harapan di kalangan peminat untuk menyaksikan kegagalan Chelsea di depan gawang.

Musim lalu mereka hanya menjaringkan 38 kali gol dalam 38 perlawanan liga.

Pemain pertahanan tengah yang mendapat penilaian tinggi, Levi Colwell menamatkan spekulasi mengenai perpindahan dari kelab zaman kanak-kanaknya apabila dia menandatangani kontrak pada akhir Julai, mengukuhkan pertahanan yang akan kehilangan Wesley Fofana yang mengalami kecederaan lutut yang serius.

Menandatangani pemain pertahanan tengah Axel Disasi dari Monaco akan mengukuhkan barisan belakang yang akan dikawal oleh Thiago Silva, 38, adalah pemain paling senior dalam skuad muda Chelsea.

Chelsea masih berharap untuk mengikat pemain tengah Moises Caicedo dari Brighton & Hove Albion bagi membolehkan Enzo Fernandez bermain lebih banyak di posisi serangan selepas Argentina memenangi Piala Dunia tahun lalu.

Pochettino hampir menjadikan Tottenham Hotspur sebagai pemenang antara 2014 dan 2019 dan memenangi Ligue 1 Perancis bersama Paris Saint-Germain pada 2022 - memberi harapan kepada peminat Chelsea dengan gayanya dalam aksi pramusim di AS apabila The Blues memenangi tiga perlawanan dan sero dua kali serta menjaringkan 13 gol sepanjang siri jelajah berkenaan.

Namun pengendali dari Argentina itu tahu penilaian peminat dan pemilik akan bergantung pada keupayaannya untuk membawa The Blues bersaing merebut gelaran utama sekali lagi, walaupun mereka tidak akan bermain dalam pertandingan Eropah buat kali pertama dalam tujuh musim.

"Jika anda tidak menang dalam kelab seperti Chelsea, pasti anda akan menderita. Saya tidak mahu membuat alasan atau bercakap tentang masa lalu," kata Pochettino ketika tiba di kelab itu bulan lalu.

Chelsea dijangka membuka kempen Liga Perdana menentang Liverpool kendalian Jurgen Klopp pada 13 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2023 @ 8:18 AM