LUKAKU mungkin akan menjadi pertukaran antara Chelsea dan Juventus. -FOTO AFP
LUKAKU mungkin akan menjadi pertukaran antara Chelsea dan Juventus. -FOTO AFP
Agensi

London: Romelu Lukaku mungkin berpotensi untuk menjadi pertukaran antara Chelsea dan Juventus namun pemain Belgium itu berhasrat untuk berpindah ke Inter Milan.

Lukaku bergelut dengan prestasi sejak kembali ke Blues pada musim panas 2021 dengan bayaran rekod kelab.

Hasilnya, Chelsea membenarkan penyerang itu kembali ke San Siro pada musim lalu, walaupun dia gagal mendapatkan semula prestasi yang ditunjukkannya sebelum ini.

Dia kini mendapati dirinya berada di persimpangan dengan pasukannya Chelsea ingin mendapatkan lebih banyak nama besar untuk berada dalam skuad mereka.

Lukaku berharga hampir £100m (RM599.12 juta) dan Chelsea pastinya enggan membiarkannya pergi dengan harga murah, tetapi perjanjian pertukaran dengan Juventus membabitkan pemain Dusan Vlahovic mula menjadi sebutan.

Bos Bianconeri, Max Allegri berminat untuk mendapatkan Lukaku di Turin dan bersedia untuk membenarkan pemergian pemain Serbia itu.

Chelsea sendiri sedang mencari lebih pemain walaupun mereka perlu membelanjakan wang yang besar dan mungkin mengalu-alukan Vlahovic, tetapi pemain Belgium itu tidak mahu berpindah ke Juventus.

Lukaku pernah berkata berkata: "Juventus atau AC Milan? tidak pernah. Saya memberitahu Manchester United bahawa saya akan pergi ke Inter walaupun Juventus membuat tawaran yang lebih baik. Juga pada masa hadapan, di Itali, sama ada akan bermain untuk Inter atau kembali ke Anderlecht."

Dia mahu meninggalkan Chelsea dan berazam untuk kembali ke Milan musim depan mungkin sebagai perjanjian tetap.

Inter bagaimanapun tidak mempunyai dana untuk membeli Lukaku, bermakna The Blues perlu menerima kerugian yang besar jika mereka membenarkannya pergi dan dilaporkan mungkin mempunyai perbezaan €15 juta (RM76.64 juta) dalam penilaian mereka.

Mauricio Pochettino masih bergelut dengan skuadnya yang baru-baru ini mengambil alih tugas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Julai 2023 @ 12:32 PM