Romelu Lukaku sandaran terbaik Chelsea. FOTO EPA
Romelu Lukaku sandaran terbaik Chelsea. FOTO EPA
AFP

London: Romelu Lukaku sudah memenuhi impian untuk menyinar sebagai pemain nombor sembilan di Chelsea dan kini penyerang Belgium itu merancang membantu pasukannya itu mengekalkan kejuaraan Liga Juara-Juara.

Lukaku meledak gol di Stamford Bridge buat pertama kali pada Sabtu lalu ketika dua jaringannya mencetus inspirasi kemenangan 3-0 Chelsea ke atas Aston Villa.

Selepas menjaringkan gol pada perlawanan pertamanya apabila kembali ke Chelsea dalam kemenangan ke atas Arsenal pada Ogos, Lukaku meledak tiga gol daripada tiga penampilan dengan mempamerkan penyudah berbisanya.

Lukaku sebelum ini pernah beraksi buat skuad Blues dari 2011 hingga 2014, kembali ke Chelsea menerusi rekod perpindahan kelab itu dari Inter Milan.

Eriksen bakal mengemudi jentera tengah Denmark. FOTO EPA
Eriksen bakal mengemudi jentera tengah Denmark. FOTO EPA

"Ia adalah impian saya sejak berusia 11 tahun. Saya bekerja keras untuk detik ini," kata Lukaku.

"Saya jatuh dan bangun pada permulaan karier tetapi saya menemui aksi konsisten pada tiga tahun kebelakangan ini. Dengan pengalaman dan kerja keras. Saya hanya terus bekerja."

Chelsea akan membuka tirai Kumpulan H dengan melayan kunjungan Zenit St Petersburg dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 September 2021 @ 11:09 AM