MOUNT bersama jersi keramat United. FOTO Twitter  @MANUTD
MOUNT bersama jersi keramat United. FOTO Twitter @MANUTD
Agensi

London: Mason Mount mendapat keistimewaan apabila diberikan jersi ikonik nombor tujuh selepas menandatangani kontrak dengan Manchester United.

Bekas bintang Chelsea itu akhirnya melengkapkan perjanjian berpindah ke Old Trafford membabitkan perjanjian £60 juta (RM354 juta).

United mengesahkan berita itu dan menyiarkan gambar Mount bersama jersi merahnya buat kali pertama.

Mereka kemudiannya mengesahkan Mount akan memakai jersi No 7 yang pernah dipakai Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun, penyokong Red Devils kurang senang dan berasakan jersi itu sepatutnya diberikan kepada bintang muda Argentina Alejandro Garnacho.

Seorang peminat berkata: "Garnacho dirompak."

Seorang lagi: "Garnacho lebih berhak."

Manakala yang lain menambah: "Boleh tak seseorang memeriksa Garnacho?"

Garnacho yang berjersi nombor 49 tampil kali pertama dalam skuad utama United di bawah kendalian Erik ten Hag musim lalu dan mempamerkan aksi cemerlang dalam 34 perlawanan.

Tetapi impiannya menyarung jersi No 7 punah yang sebaliknya beralih kepada Mount yang memakai jersi No 19 sepanjang lima tahun di Chelsea.

Pemain sayap itu memberikan bayangan minggu ini dia mungkin memakai jersi itu apabila kek hari jadinya mempunyai nombor 7 di atasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2023 @ 8:38 PM