GARNACHO dikeluarkan ketika menentang Bournemouth.
GARNACHO dikeluarkan ketika menentang Bournemouth.
AFP

London: Manchester United menegur Alejandro Garnacho selepas pemain sayap itu menyukai hantaran di media sosial yang mengkritik cara pengurus Erik ten Hag menangani pemainnya.

Pemain Argentina terbabit yang dikeluarkan selepas rehat ketika seri 2-2 dengan Bournemouth pada Sabtu lalu membuat tanda suka pada dua mesej di X oleh penyokong United dan YouTuber Mark Goldbridge.

Salah satu hantaran menuduh Ten Hag 'mencampakkan (Garnacho) di bawah bas' kerana komen pengurus United itu mengenai prestasi pemain berusia 19 tahun itu.

Manakala satu lagi berkata Garnacho "tampil hambar pada babak pertama tetapi membawanya keluar selepas rehat dan menyimpannya adalah kelakar."

Garnacho kemudiannya membuat tanda tidak suka kedua-dua mesej itu, yang dianggap kelab menunjukkan kekesalannya dan sumber United memberitahu agensi berita PA isu terbabit sudah diselesaikan secara dalaman.

Pemain muda itu menjadi tonggak utama United musim ini dengan meledak sembilan gol dan mencipta empat bantuan jaringan dalam 42 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 7:36 PM