GARNACHO meraikkan kejayaan menjaringkan gol gaya Cristiano Ronaldo. -FOTO Reuters
GARNACHO meraikkan kejayaan menjaringkan gol gaya Cristiano Ronaldo. -FOTO Reuters
Agensi

Liverpool: Alejandro Garnacho percaya sepakan akrobatiknya ketika Manchester United menewaskan Everton akan menjadi gol utama musim ini walaupun sudah memasuki November.

Hanya tiga minit di Goodison Park, pemain berusia 19 tahun itu mencipta detik menakjubkan dengan menghasilkan gol terbaik Liga Perdana pertamanya musim ini seterusnya membuka jaringan buat Manchester United hasil sepakan luar biasa untuk menang 3-0.

Gol menakjubkan yang dijaringkan oleh Garnacho membawa United mara ke kedudukan enam liga.

"Sejujurnya saya tak percaya," kata Garnacho

"Saya tidak nampak cara saya menjaringkan gol. Saya hanya mendengar orang ramai dan berkata, 'Ya Tuhanku'.

"Ia masih November, tetapi mungkin salah satu gol terbaik musim ini. Satu daripada gol terbaik yang saya jaringkan, saya sangat gembira."

Kecemerlangan Garnacho mengimbau kembali kenangan penjaring ikonik Wayne Rooney ketika menentang Manchester City pada Februari 2011 dan peminat berharap dia boleh meneruskan kerjaya yang sama di Old Trafford.

Sementara itu gol Garnacho menjadi perbualan Tim Sherwood dan Owen Hargreaves yang membincangkan sepakan luar kepala Garnacho.

"Ia sama seperti gol Rooney. Saya tidak tahu yang mana lebih baik," tambah Garnacho.

"Kedua-duanya adalah gol yang luar biasa."

Bruno Fernandes percaya masa depan lebih cerah menanti Garnacho dan berkata bahawa dia akan terus menuntut lebih banyak daripada pemain berbakat Argentina itu agar dapat memenuhi potensinya.

"Saya akan memberinya saranan yang baik hanya untuk gol. Tetapi itu kerana dia tahu saya mempunyai jangkaan besar untuknya," kata kapten Manchester Untied itu.

"Dia belum lagi menjadi pemain yang hebat, tetapi dia mempunyai masa depan cerah.

"Banyak yang kami harapkan daripadanya. Dia tahu itu, lebih-lebih lagi daripada saya - saya akan sentiasa berada di belakangnya untuk meminta lebih.

"Gol yang menakjubkan, bukan untuk semua orang."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 November 2023 @ 8:04 AM