THURAM jadi buruan kelab EPL. FOTO Agensi
THURAM jadi buruan kelab EPL. FOTO Agensi
Agensi

Liverpool: Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool dan Newcastle United sedang bergelut untuk mendapatkan pemain tengah Nice, Khephren Thuram.

Pemain berusia 22 tahun itu disenaraikan dalam senarai buruan bos The Reds, Jurgen Klopp, dengan Naby Keita, James Milner dan Alex Oxlade-Chamberlain meninggalkan Anfield pertengahan tahun ini selepas kontrak mereka tamat.

Pemain muda itu dikatakan berhasrat untuk berpindah ke Merseyside, walaupun pengurus Magpies, Eddie Howe juga berminat dengannya,

Howe berminat untuk menambah 'pemain tengah box office' ke dalam skuadnya menjelang persaingan musim depan.

Liverpool dikatakan mempunyai kelebihan, apabila Football Insider melaporkan 'The Reds berusaha keras mendapatkan persetujuan penuh' untuk bintang muda yang dinilai €40 juta (RM203 juta) itu dan berharap untuk menyelesaikan perjanjian'.

Pemain lain dalam radar Liverpool termasuk Ryan Gravenberch dari Bayern Munich dan Federico Valverde (Real Madrid).

Dia akan menjadi pemain kedua The Reds menjelang musim depan selepas Alexis Mac Allister menyertai perpindahan £35 juta (RM207 juta) dari Brighton.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2023 @ 12:42 PM