GAKPO perkuatkan barisan serangan Liverpool. FOTO Reuters
GAKPO perkuatkan barisan serangan Liverpool. FOTO Reuters
AFP

Liverpool: Liverpool mengesahkan menandatangani Cody Gakpo, tertakluk kepada permit kerja, pada hari Rabu dengan penyerang antarabangsa Belanda itu menyertai dari PSV Eindhoven.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang menjaringkan tiga gol pada Piala Dunia untuk Belanda, sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan dengan seteru Liverpool, Manchester United.

Tetapi The Reds bertindak pantas untuk memperkuatkan barisan serangan yang kini terjejas akibat kecederaan Luis Diaz dan Diogo Jota.

"Kelab Bola Sepak Liverpool mencapai persetujuan untuk pemindahan Cody Gakpo dari PSV Eindhoven, tertakluk kepada permit kerja," kata Liverpool dalam satu kenyataan.

"Penyerang berusia 23 tahun itu secara rasmi akan menjadi pemain The Reds pada permulaan jendela perpindahan Januari selepas bersetuju dengan syarat peribadi dan berjaya menyelesaikan ujian perubatan."

Menurut laporan, Liverpool akan membayar yuran permulaan sebanyak £37 juta (RM196 juta) dengan Gakpo menandatangani kontrak sehingga 2028.

"Saya fikir ini adalah kelab yang hebat untuk saya sertai dan cuba membuktikan apa yang saya ada dan cuba membantu pasukan mencapai lebih banyak detik indah seperti mereka lakukan pada tahun-tahun lalu," kata Gakpo di laman web Liverpool.

"Saya rasa bagi saya secara peribadi ia juga bagus untuk berkembang di sini dan terdapat banyak pemain hebat di sini yang boleh saya pelajari banyak perkara daripadanya."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2022 @ 12:35 PM