DATUK Mohammed Suffian Awang. -FOTO NSTP
DATUK Mohammed Suffian Awang. -FOTO NSTP
Asrol Awang

Kuantan: Tewas 0-2 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) kelmarin, diharap tidak melunturkan semangat juang Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.

Sebaliknya, kekalahan itu diyakini mampu untuk meningkatkan motivasi kepada pemain untuk mempamerkan aksi lebih baik selepas ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC), Datuk Mohammed Suffian Awang, berkata skuad kendalian Fandi Ahmad tidak perlu terlalu kecewa selepas rekod tanpa kalah lebur.

Ini kerana kita tewas kepada pasukan yang hebat dan turut memberikan tentangan sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

"Kekalahan ini diharap tidak melunturkan semangat pemain untuk memastikan prestasi lebih baik akan dipersembahkan pada baki aksi Liga Super selepas ini.

"Pemain tidak perlu berasa kecewa kerana JDT diakui sebuah pasukan yang hebat dan memiliki barisan pemain yang bagus," katanya.

Justeru, beliau mahu baki aksi liga menyaksikan kebangkitan skuad Tok Gajah untuk mencatat mencatat kemenangan, sekali gus berada pada kedudukan terbaik.

"Matlamat utama pasukan selepas ini ialah untuk memastikan tiga mata dikutip pada setiap perlawanan bukan sahaja di halaman sendiri, malah di tempat lawan," katanya.

Selepas 12 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan ketiga liga dengan mengutip 25 mata hasil daripada tujuh kemenangan empat seri dan tewas sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mei 2023 @ 11:59 AM