FERNANDES meraikan jaringannya. FOTO AFP
FERNANDES meraikan jaringannya. FOTO AFP
AFP

Manchester: Erik ten Hag berkata Manchester United berada di landasan tepat untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kelompok empat teratas selepas pasukannya menewaskan Aston Villa 1-0, semalam untuk menamatkan rekod tanpa kalah 10 perlawanan pasukan pelawat.

Bruno Fernandes menjaringkan gol sejurus sebelum separuh masa pertama di Old Trafford tetapi penyokong terpaksa mengharungi waktu petang yang cemas apabila United gagal untuk menambah gol selepas itu.

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Ten Hag tujuh mata di hadapan Liverpool di tangga kelima.

United, yang memenangi Piala Liga awal musim ini, dijangka layak ke Liga Juara-Juara musim depan bersama Manchester City, Arsenal dan Newcastle.

Pengurus Belanda itu memuji anak buahnya apabila menyatakan bahawa mereka 'hebat' dalam menguasai bola, walaupun bergelut untuk menyempurnakan beberapa peluang terbaik.

"Kami fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan selepas ini kami akan berdepan Brighton, jadi kami perlu bekerja keras sekali lagi.

"Kami perlu menunjukkan semangat yang tinggi sekali lagi dan tidak perlu bimbang mengenai kedudukan liga.

"Kami di landasan tepat (dalam perlumbaan untuk empat teratas). Segala-galanya bergantung kepada kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2023 @ 7:40 AM