RODGERS (tengah) akhirnya meninggalkan Leicester. FOTO AFP
RODGERS (tengah) akhirnya meninggalkan Leicester. FOTO AFP
AFP

London: Leicester City berpisah dengan pengurusnya, Brendan Rodgers hari ini ketika mereka mahu mengekalkan kedudukan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad Foxes jatuh ke zon penyingkiran selepas tewas 1-2 di tangan Crystal Palace yang melebarkan kekalahan mereka kepada enam perlawanan.

Rodgers, yang baharu sahaja meraikan empat tahun perkhidmatannya di King Power, memberikan dua penamat di kelompok lima teratas EPL dan Piala FA pertama pada 2021, namun meninggalkan kelab atas persetujuan bersama.

"Kami sentiasa percaya bahawa pengekalan dan kestabilan menjadi kunci bagi memperbaiki keadaan, terutama selepas melihat pencapaian kami sebelum ini di bawah kendalian Brendan.

"Bagaimanapun keinginan untuk meningkat tidak hadir dan berbaki 10 perlawanan musim ini, majlis mengambil pilihan untuk mempertahankan kedudukan kami di EPL."

Jurulatih pasukan utama, Adam Sadler dan Mike Stowell dipilih sebagai pengendali sementara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2023 @ 10:45 PM