Pemain Leicester City Demarai Gray (kiri) memintas pemain Brighton Gaetan Bong dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, Leicester tewaskan Brighton, 2-1. FOTO Reuters
Pemain Leicester City Demarai Gray (kiri) memintas pemain Brighton Gaetan Bong dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, Leicester tewaskan Brighton, 2-1. FOTO Reuters
Reuters

BRENDAN Rodgers jurulatih yang baru dilantik di Leicester melihat dari bangku tempat duduk ketika pasukan Foxes itu beraksi cemerlang menewaskan Brighton and Hove Albion, 2-1 pagi ini.

Leicester yang dikendalikan sementara oleh Mike Stowell dan Adam Sadler susulan pemecatan jurulatihnya, pelantikan Rodgers bagaikan memberi suntikan semangat kepada pasukan itu ketika Demarai Gray dan Jamie Vardy kedua-duanya menjaringkan gol buat Leicester.

Beberapa jam sebelum perlawanan itu, Rodgers yang meletak jawatan bersama juara Scotland, Celtic diumumkan menggantikan jurulatih terdahulu Claude Puel berikutan pelbagai khabar angin yang melanda sekitar Stadium King Power ketika pasukan itu berada terumbang ambik selepas mencatat lima kekalahan dan satu seri dalam liga.

Leicester bermula dengan rentak pantas dan hanya memerlukan 10 minit untuk berada di depan selepas Demarai Gray menyudahkan gol dengan bergaya hasil hantaran Youri Tielemans.

Percubaan kedua Gray bagaimanapun dinafikan penjaga gol Brighton Mathew Ryan ketika pasukan tuan rumah mencipta serangan bertali arus.

Brighton yang semakin terjerumus ke kelompok tiga pasukan terbawah, masih bersaingan pada babak pertama permainan namun kembali bangkit pada babak kedua permainan namun gagal memecah kebuntuan jaringan.

Ia tidak memadai buat barisan Chris Hughton yang gagal mencatat kemenangan dalam tujuh perlawanan liga, Brighton kini mendahului tiga mata pasukan di tempat ke-18 Southampton yang akan beraksi pagi esok.

Leicester di kedudukan ke-11 dan Rodgers diperkenalkan kepada penonton dari ruang pengarah sebelum sepak mula, dia dilihat optimis untuk memberi cabaran kuat sehingga hujung musim ini.

Pengurus baru Leicester City Brendan Rodgers bersama pegawai Leicester menyaksikan perlawanan.
Pengurus baru Leicester City Brendan Rodgers bersama pegawai Leicester menyaksikan perlawanan.

Pemain penyerang Harvey Barnes berkata berita ketibaan Rodgers bagaikan penyuntik semangat.

“Saya fikir semua orang mahu meyakinkan pengurus baru tetapi kami hanya mahu mendapat keputusan baik dahulu pada hari ini dan dengan harapan ia berterusan,” katanya.

“(Rodgers) saya gembira dengan keputusan dan prestasi pasukan. Dia akan meluangkan masa beberapa minggu untuk memperkenalkan kepada kami corak permainannya dan bagaimana dia mahu kami bermain.

“Pasukan kami kebanyakannya dibarisi pemain muda dengan kehadiran pengurus ia dapat melatih pemain meningkatkan dan perbaiki mutu permainan, Jadi tugas kami adalah untuk meyakinkan pengurusan supaya pasukan dapat terus bersaing.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Februari 2019 @ 8:39 AM