Pendekatan Rodgers membuatkan Liverpool sekadar belasahan kepada Manchester United. - Pix Evening Standard
Pendekatan Rodgers membuatkan Liverpool sekadar belasahan kepada Manchester United. - Pix Evening Standard

London: Seorang peminat Liverpool melancarkan kempen 'Pecat Brendan Rodgers' berikutan kekalahan perit kepada musuh tradisi Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu.

Dia menggesa peminat menyumbang untuk mengumpul sebanyak £7.3 juta pound (RM49 juta) agar pengurus dari Ireland Utara itu disingkir segera daripada kelab.

Michael Gavin membentuk tabung itu menerusi laman web "Go Fund Me" Ahad lalu selepas Liverpool ditewaskan 3-1 oleh skuad Louis van Gaal di Old Trafford.

Gavin menulis mengenai gaya permainan Reds tiada inspirasi, pemain teruk dibeli Rodgers ketika jendela perpindahan, kelakuan Rodgers kononnya mahu penyokong bersatu dan tekanan kepada pemilik kelab supaya memecat jurulatih itu.

Masa semakin suntuk buat Brendan.

“Ramai tidak tahan dengan gaya permainan direncanakan dan paling teruk pendekatan lapuk disiar berulang kali media sudah cukup buat penyokong Liverpool”, kata Gavin. - Evening Standard

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 1:53 PM