KLOPP tidak dapat menyembunyikan kekecewaan melihat Wolves mempermainkan kemampuan mereka. FOTO Reuters
KLOPP tidak dapat menyembunyikan kekecewaan melihat Wolves mempermainkan kemampuan mereka. FOTO Reuters
AFP

Wolverhampton: Jurgen Klopp menyifatkan gol yang dibolosi Liverpool dalam kekalahan 0-3 kepada Wolves sebagai 'mengerikan' dengan pengendali kelahiran Jerman itu mengaku buntu untuk menjelaskan prestasi buruk pasukannya.

The Reds hanya meraih satu mata daripada empat aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) seakan menamatkan harapan mereka untuk mengejar kedudukan empat teratas sekali gus mara ke Liga Juara-Juara musim depan.

Anak buah Klopp ketinggal 0-2 selepas 12 minit perlawanan berlangsung di Molineux selepas Joel Matip menjaringkan gol sendiri dan Craig Dawson meledak jaringan pada penampilan pertama bersama Wolves.

Ruben Neves menambah gol ketiga 19 minit sebelum perlawanan tamat selepas Liverpool mendominasi aksi awal separuh masa kedua.

"Melepaskan gol awal bukanlah sesuatu yang asing bagi kami tetapi cara kami melepaskannya hari ini (semalam) tidak boleh diterima," kata Klopp.

"Apabila anda melihat keseluruhan perlawanan, dalam beberapa saat kami bermain permainan yang luar biasa tanpa menjaringkan gol dan permainan di tempat lawan yang bagus tanpa menjaringkan gol.

"Gol ketiga saya tidak kira kerana ia adalah kali pertama mereka melepasi garisan tengah pada separuh masa kedua. Dua lagi gol, memasuki permainan dengan semua perkara yang kami katakan sepanjang minggu dan sebelum perlawanan, maka ini adalah permulaan mengerikan."

Sudah terkeluar daripada kedua-dua saingan piala domestik, Liverpool menduduki tempat ke-10 liga.

Liga Juara-Juara nampaknya peluang terakhir mereka untuk menyelamatkan maruah dengan perlawanan peringkat 16 terakhir menentang Real Madrid akhir bulan ini dan ulangan perlawanan akhir musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2023 @ 11:21 AM