Penyerang Bayern Munich, Eric Maxim Choupo-Moting (kiri) menjaringkan gol pembukaan buat pasukannya ketika berdepan Bayer Leverkusen dalam aksi Bundesliga. FOTO AFP
Penyerang Bayern Munich, Eric Maxim Choupo-Moting (kiri) menjaringkan gol pembukaan buat pasukannya ketika berdepan Bayer Leverkusen dalam aksi Bundesliga. FOTO AFP
AFP

Berlin: Bayern Munich mungkin boleh ditabalkan juara Bundesliga minggu ini selepas mendahului 10 mata di puncak carta dengan kemenangan 2-0 ke atas Bayer Leverkusen, pagi ini.

Bayern menguasai perlawanan di Allianz Arena dengan gol awal oleh Eric Maxim Choupo-Moting dan Joshua Kimmich selepas pasukan di tangga kedua RB Leipzig berdepan kekalahan mengejut ke atas Cologne.

Dengan berbaki empat perlawanan, Bayern yang juga juara kelab dunia akan mengesahkan gelaran ke sembilan liga Jerman berturut-turut dengan kemenangan di Mainz pada Sabtu ini.

"Saya memberitahu pasukan sebelum perlawanan, kami boleh memberikan impak besar dalam memburu gelaran, di mana kami berjaya melakukannya. Kami juga mahu menang di Mainz," kata jurulatih Bayern, Hansi Flick.

Di luar pandang, Bayern berdepan dilema sejak Flick mengeluarkan kenyataan sensasi pada Sabtu lalu dengan menyatakan dia mahu dilepaskan daripada kontraknya pada penghujung musim ini.

Bos Bayern memberi maklum balas dengan menyatakan: "tidak menyetujui komunikasi sebelah pihak oleh Hansi Flick" dan mahu memberi tumpuan pada perlawanan minggu ini.

Gergasi Bavarian itu turut menegaskan mereka tidak akan menyertai penganjuran berasingan Liga Super.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 8:15 AM