JOELINTON (kiri) dan  and Miguel Almiron meraikan kejayaan Newcastle mara ke final Piala Liga. FOTO Reuters
JOELINTON (kiri) dan and Miguel Almiron meraikan kejayaan Newcastle mara ke final Piala Liga. FOTO Reuters
AFP

Newcastle: Eddie Howe memuji Newcastle sebagai 'kelab yang sedang meningkat naik' selepas mereka mara ke final Piala Liga buat kali pertama dalam tempoh 47 tahun apabila menang 2-1 menentang Southampton pada perlawanan separuh akhir kedua pagi tadi di St James Park.

Dua gol Sean Longstaff pada separuh masa pertama memastikan tugas Howe selesai apabila merenang menang 1-0 pada separuh akhir pertama minggu lalu.

Che Adams berjaya mengurangkan defisit sebelum rehat dan pemain tengah Magpies, Bruno Guimaraes diperintah keluar padang pada akhir permainan.

Bagaimanapun, Newcastle berjaya mengekalkan agregat 3-1 untuk mendapatkan slot final dan bakal berdepan sama ada dengan Manchester United atau Nottingham Forest di Wembley pada 27 Februari ini.

United mempunyai kelebihan 3-0 sebelum berdepan Forest pada aksi separuh akhir kedua di Old Trafford awal pagi esok.

Aksi terakhir Magpies dalam final domestik berakhir dengan kekalahan di tangan United pada Piala FA 1999.

"Anda mahu berada di final kejohanan bagi meningkatkan status dan menjadikan diri anda mahu disertai orang lain. Kelab ini sedang meningkat," kata Howe.

"Ia perlawanan yang sengit. Ketika mendahului 2-0, kami bermain sangat baik. Kami mahukan semuanya. Selagi kami boleh kami akan melakukannya."

Newcastle, yang tidak pernah menang Piala Liga, mensasarkan untuk menang trofi domestik utama pertama kali sejak Piala FA 1955.

Gelaran terakhir mereka hadir pada Inter-Cities Fairs Cup 1969.

Mara ke final kejohanan domestik pertama abad ini ialah satu lagi petanda dalam kebangkitan Newcastle.

"Ia menakjubkan. Jika anda berkata kepada sesiapa 12 bulan lalu apa yang akan berlaku, mereka pasti akan ketawa," kata Longstaff.

"Sejak pengambilalihan, kami membawa masuk pemain berkualiti. Ia sangat istimewa dan emosi buat saya selepas melihat apa yang kami sudah bina di sini."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Februari 2023 @ 9:13 AM