Penyerang Perancis, Kylian Mbappe. FOTO AFP
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe. FOTO AFP
AFP

Doha: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps yakin Kylian Mbappe masih boleh melakukan kelainan dalam aksi suku akhir Piala Dunia berdepan England sekalipun lawan mereka memberi tumpuan untuk menghalang penyerang superstar itu.

Mbappe adalah penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol dalam empat perlawanan, termasuk menyinar ketika kemenangan 3-1 ke atas Poland dalam kelompok 16 terbaik dan England perlu mencari jalan untuk menyekat penyerang Paris Saint-Germain itu.

Begitupun, Perancis yang juga juara bertahan mempunyai kualiti gandingan Mbappe dengan Olivier Giroud, Ousmane Dembele dan Antoine Griezmann semuanya turut menyinar di Qatar.

"Saya bayangkan England akan melakukan pendekatan sama seperti empat pasukan lawan kami yang lalu namun Kylian mempunyai kemampuan untuk melakukan dengan berbeza," kata Deschamps kepada pemberita menjelang pertembungan di Stadium Al Bayt utara padang pasir dekat Doha.

"Sekalipun pada perlawanan terakhir, ketika dia tidak berada pada prestasi terbaik seperti dua aksi awal, dia tetap penentu tetapi jika kita boleh berkongsi tentang bahaya yang menghalang terlalu banyak langkah berjaga-jaga yang diambil terhadap Kylian.

"Tapi Kylian akan tetap Kylian, dengan kebolehan untuk menjadi penentu dalam apa keadaan sekalipun."

Tekanan memuncak kepada dua-dua pasukan, namun Deschamps sudah memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan juga sebagai jurulatih dan pengendali berusia 54 tahun itu menggalakkan Perancis untuk tidak mendabik dada.

"Bagi kes kami dan semua pasukan yang mara ke pusingan kalah mati, anda tidak mempunyai peluang kedua." katanya.

"Masa depan mengenai anda selaras dengan kualiti tetapi permintaan juga tinggi dan begitu juga keterjuaannya.

"Ini adalah peringkat seterusnya tetapi tiada tekanan, tidak perlu melihat ke belakang. Adalah menakjubkan untuk beraksi di suku akhir Piala Dunia." katanya.

Ketika Perancis sebagai penyandang juara, England kelihatan sebagai sebuah pasukan yang makin meningkat ketika mara ke separuh akhir di Rusia empat tahun lalu dan finalis Euro 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2022 @ 8:46 PM