Pasukan Double Malaysia, Muhammad Noraizat Mohd Nordin (kanan) bersama Aidil Aiman Azwawi meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Myanmar pada perlawan separuh akhir Double Sepak Takraw Piala Dunia 2024 di Stadium Titiwangsa. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Pasukan Double Malaysia, Muhammad Noraizat Mohd Nordin (kanan) bersama Aidil Aiman Azwawi meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Myanmar pada perlawan separuh akhir Double Sepak Takraw Piala Dunia 2024 di Stadium Titiwangsa. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Perang psikologi yang digunakan oleh pihak lawan ternyata gagal menggugat permainan skuad double negara apabila berjaya memastikan Malaysia melangkah ke pentas final Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa sebentar tadi, gandingan duo, Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Mohd Nordin menggunakan segala kelebihan yang ada untuk menghampakan pasukan Myanmar dengan kemenangan straight set 15-10, 17-16.

Meskipun Malaysia menerima tentang sengit terutama di set kedua dengan serangan psikologi dari pemain lawan, namun itu bukan halangan buat pemain memberi aksi terbaik di hadapan hampir 1,000 penyokong malam ini.

Menurut Noraizat Nordin, dia tidak sama sekali melayan provokasi pemain Myanmar sebaliknya terus fokus kepada permainan mereka sahaja.

"Saya bagitau Aidil (Aiman) jangan layan dan jangan ikut rentak lawan. Cuma fokus kepada pemainan kita. Alhamdulillah kami membuktikan kami menang juga akhirnya," katanya selepas tamat perlawanan di sini.

Pada perlawanan akhir esok, Malaysia bakal berdepan satu lagi halangan besar iaitu Thailand yang terlebih dahulu mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan Indonesia 15-8, 15-13 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2024 @ 9:34 PM