Bintang Perancis, Kylian Mbappe meraikan jaringan berdepan Denmark. FOTO EPA
Bintang Perancis, Kylian Mbappe meraikan jaringan berdepan Denmark. FOTO EPA
Reuters

Doha: Kylian Mbappe meledak dua gol dalam babak kedua ketika Perancis menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati Piala Dunia selepas menewaskan Denmark 2-1, sebentar tadi.

Selepas gagal menjaringkan gol pada babak pertama yang menyaksikan penyandang juara itu menguasai permainan, pemain pertahanan Theo Hernandez bergandingan baik dengan Mbappe yang melakukan rembatan terkena Andreas Christensen untuk Perancis mendahului pada minit ke 61.

Denmark menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian dengan Christensen memanfaatkan bola menerusi menanduk kencang mengatasi jangkaan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.

Mbappe menyelesaikan tugasnya pada minit ke-86 apabila menyambut umpanan Antoine Griezmann dan menolak bola ke gawang gol menggunakan pehanya.

Perancis di kedudukan teratas Kumpulan D dengan enam mata, tiga mengatasi Australia yang menewaskan Tunisia 1-0 sementara Denmark dan Tunisia masing-masing mempunyai satu mata.

Perancis akan berdepan Tunisia manakala Denmark menentang skuad Socceroos pada perlawanan terakhir mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2022 @ 2:16 AM