AARONSON meraikan jaringan yang disumbangnya bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters
AARONSON meraikan jaringan yang disumbangnya bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters
Reuters

Leeds: Leeds United terus memberikan aksi mengagumkan di bawah pengendali kelahiran Amerika Syarikat (AS), Jesse Marsch selepas mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Chelsea yang menamatkan permainan beraksi 10 pemain.

Dalam suasana di Elland Road yang riuh rendah, dua gol dalam tempoh lima minit separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah mendahului 2-0 dengan Chelsea tidak mampu mengatasi kelebihan itu.

Gol pembukaan terhasil selepas kesilapan besar penjaga gol lawan, Edouard Mendy, membenarkan pemain AS, Brenden Aaronson untuk menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris pada minit ke-33, sebelum Rodrigo menanduk masuk gol keempat musim ini untuk menjadikan kedudukan 2-0

Leeds tidak berputus asa apabila mereka memperoleh gol ketiga pada minit ke-69 menerusi Jack Harrison, sebelum pemain baru dibeli Chelsea musim ini, Kalidou Koulibaly dibuang padang pada lewat permainan.

Kemenangan kedua daripada tiga perlawanan membantu Leeds naik ke tangga kedua, manakala kekalahan pertama Chelsea meletakkan mereka di tempat ke-12.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2022 @ 11:21 PM