RASMUS Kristensen meraikan jaringannya. FOTO Reuters
RASMUS Kristensen meraikan jaringannya. FOTO Reuters
AFP

Leeds: Rasmus Kristensen memastikan Leeds terus mengelak daripada tersingkir apabila meraih keputusan seri 2-2 sekali gus menjejaskan usaha Newcastle untuk mengukuhkan kedudukan mereka di kelompok empat teratas.

Kristensen menjaringkan gol berbaki 11 minit di Elland Road ketika Leeds bangkit semula selepas melepaskan dua gol menerusi sepakan penalti Callum Wilson.

Terdahulu, kapten Leeds, Luke Ayling membuka jaringan seawal minit ke-7.

Patrick Bamford gagal menyempurnakan sepakan penalti yang sepatutnya meletakkan Leeds dua gol di hadapan sebelum Wilson menyempunakan sepakan penalti untuk Newcastle.

Selepas gol penyamaan Kristensen, Leeds menyaksikan pemain pertahanan mereka, Junior Firpo dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Leeds kini menduduki tangga ke-18 dan kini ketinggalan hanya satu mata berbanding Everton yang menduduki tempat ke-17.

Pasukan bimbingan Sam Allardyce itu akan bertandang ke West Ham 21 Mei ini sebelum melayan kunjungan Tottenham pada perlawanan terakhir mereka musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mei 2023 @ 10:31 PM