CHELSEA dikhabarkan berminat mendapatkan khidmat Aubameyang. -FOTO AFP
CHELSEA dikhabarkan berminat mendapatkan khidmat Aubameyang. -FOTO AFP
Agensi

Madrid: Barcelona akan menuntut bayaran yang tinggi daripada Chelsea untuk Pierre-Emerick Aubameyang biarpun pemain itu menyertai kelab berkenaan secara percuma awal tahun ini.

Kelab barat London itu berminat untuk menambah kuasa di barisan serangan sebelum jendela perpindahan ditutup selepas meminjamkan kembali Romelu Lukaku kepada Inter dan menjual Timo Werner kembali ke RB Leipzig.

Perkara itu menyaksikan mereka dikaitkan dengan perpindahan yang tidak dijangka untuk Aubameyang dengan pengurus pasukan Thomas Tuchel berusaha untuk mengetepikan spekulasi itu.

Jurulatih Jerman itu pernah bekerjasama dengan pemain antarabangsa Gabon itu ketika di Borussia Dortmund dan sudah bercakap minggu ini mengenai ikatan rapat yang masih mereka kongsi.

Aubameyang berpindah ke Camp Nou Februari tahun ini dengan Arsenal bersetuju dengan kontrak yang dikhabarkan £350,000 (RM1.8 juta) seminggu pada hari terakhir supaya dia boleh menyertai Barca selepas jendela ditutup.

Selepas menempuh musim mengecewakan di Arsenal pada separuh pertama kempen 2021-22 yang menyaksikan dia disela dengan isu disiplin dan kehilangan tugas sebagai kapten Aubameyang menikmati kebangkitan semula di Barca.

Pemain berusia 33 tahun itu menjaringkan 11 gol dalam 17 penampilan La Liga, membantu pasukan itu menduduki tempat kedua walaupun pernah bergelut untuk layak ke Liga Juara-Juara ketika menyertainya.

Tetapi kedatangan Robert Lewandowski kembali menolak Aubameyang sebagai pilihan kedua dan dia hanya masuk pada lapan minit terakhir ketika Barca seri tanpa jaringan dengan Rayo Vallecano pada Sabtu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2022 @ 11:09 AM