MARKUS Anfang. FOTO Agensi
MARKUS Anfang. FOTO Agensi
AFP

Berlin: Markus Anfang yang diharamkan terbabit dengan aktiviti bola sepak kerana menggunakan dokumen palsu bagi membolehkannya dianggap sudah divaksin Covid-19 berkata dia bersyukur kerana diberi peluang untuk melatih pasukan divisyen tiga Jerman, Dynamo Dresden.

Tujuh bulan selepas berundur sebagai ketua jurulatih Werder Bremen di tengah-tengah skandal itu, Anfang menandatangani kontrak dua tahun dengan Dresden, yang baru sahaja diturunkan dari divisyen dua Jerman.

"Saya sangat berterima kasih atas peluang ini. Saya perlu hidup dengan hakikat bahawa saya melakukan kesilapan.

"Saya tidak memenuhi tanggungjawab sebagai seorang yang patut dicontohi. Saya mengecewakan dan berbohong kepada ramai orang," kata pemain berusia 47 tahun itu pada sidang media di Dresden.

Beliau meletak jawatan di Bremen November lalu selepas dia serta penolong jurulatihnya, Florian Junge didapati menggunakan sijil palsu untuk mengelak dikuarantin.

Mahkamah di Bremen mendenda Anfang 36,000 euro (RM166,700) Februari lalu, tetapi terlepas daripada mempunyai rekod jenayah.

"Saya tidak boleh mengharapkan semua orang memaafkan saya," kata Anfang.

Anfang juga menjelaskan bahawa beliau takut untuk diberi vaksin Covid-19 kerana risiko kemungkinan kesan sampingan pada jantungnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Jun 2022 @ 11:06 AM