GUARDIOLA berang dengan kritikan Evra dan Berbatov. -FOTO Reuters
GUARDIOLA berang dengan kritikan Evra dan Berbatov. -FOTO Reuters

London: Pep Guardiola membalas kritikan bintang Manchester Untied Patrice Evra dan Dimitar Berbatov kerana mengkritik watak pasukannya di Manchester City selepas tersingkir dari Liga Juara-Juara.

Guardiola berang dengan komen dari dua pemain itu selepas kekalahan City kepada Real Madrid dalam aksi separuh akhir pertandingan itu.

City bolos dua kali pada minit-minit dan akhirnya mereka tewas dengan agregat 5-6 selepas perlawanan berakhir pada masa tambahan.

Evra berkata, barisan pemain Guardiola kekurangan personaliti dan kepimpinan manakala Berbatov mempersoalkan tumpuan dan fokus mereka.

City bagaimanapun bertindak balas dengan meledakkan 10 gol dalam dua perlawanan ketika mereka kini di ambang kejuaraan Liga Perdana buat kali keempat dalam lima musim.

Guardiola sebelum ini turut kecewa dengan kritikan daripada bekas pemain tengah Real Madrid, Clarence Seedorf dengan memberi kritikan pedas dan meragui keupayaan mereka.

Bertindak balas dengan itu pengendali City merujuk kepada pasukannya, Barcelona yang menewaskan United pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2009 dan 2011.

Kedua-duanya Evra dan Berbatov beraksi untuk United pada 2009 manakala Evra turut berada dalam pasukan yang tewas sekali lagi dua tahun kemudian.

"Bekas pemain istimewa seperti Berbatov, Seedorf dan Evra dan jenis orang seperti ini, tidak ada di sana," kata Guardiola.

"Saya pernah menentang mereka dan saya tidak melihat personaliti seperti itu apabila kami menewaskan United dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

"Anda tidak boleh mempunyai personaliti kerana anda melepaskan dua gol dalam tempoh satu minit selepas anda berpeluang untuk menjaringkan gol?

"Adakalanya bola sepak seperti ini dan ia berlaku begitu saja. Kami tidak boleh mengawal banyak perkara tapi apabila anda sentiasa di peringkat terakhir selama empat atau lima tahun, ini adalah luar biasa.

Anak buat Guardiola boleh menutup mulut pengkritik mereka dengan mengekalkan kejuaraan Liga Perdana pada minggu akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mei 2022 @ 8:36 AM